Selasa, 30 November 2010

CARA SISTEM TOPUP BEROPERASI

CARA SISTEM TOPUP BEROPERASI


KELEBIHAN TOP UP ESYRELOAD


STATISTK PENGGUNAAN PRABAYAR



TAHUKAH ANDA?

Berikut adalah statistik yang dikeluarkan oleh Malaysian Communications & Multimedia Comission (MCMC). Sehingga suku ke3 tahun 2007,bilangan pengguna telefon bimbit di Malaysia sudah melebihi 14 juta orang dan 80% darinya merupakan pengguna perkhidmatan prabayar (prepaid). Dan didapati makin meningkat setiap tahun.Di sini anda dapat bayangkan prospek pelanggan anda. PASTI akan ada yang membeli topup daripada anda.

Lihatlah Fakta Penggunaan SMS di Malaysia!!!

Ia tidak memeranjatkan...

Rakyat Malaysia membelanjakan kira-kira RM4.7 juta sehari atau RM1.716 bilion setahun untuk menghantar mesej melalui perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS).
Jumlah itu diperoleh berdasarkan perangkaan yang menunjukkan lebih 47 juta SMS dihantar setiap hari di negara ini dengan andaian setiap SMS dikenakan bayaran purata 10 sen.

Golongan wanita pula dipercayai menghabiskan lebih banyak wang daripada lelaki dalam penggunaan perkhidmatan itu.

Bukan hanya di Malaysia..

Di pasaran global pula, lebih 1.3 trilion transaksi SMS dilakukan setiap hari. Berdasarkan rekod, katanya, golongan muda merupakan kategori `aktif' dengan saiz pasaran global dianggarkan berjumlah AS$26.6 bilion (RM105 bilion) tahun ini.Jumlah itu dijangka meningkat sebanyak AS$12 bilion (RM45.36 bilion) lagi menjelang 2007.

Menjelang 2008, kategori perkhidmatan data mudah alih merangkumi SMS dan sistem pesanan multimedia (MMS) dijangka menyumbang 60 peratus kepada perolehan syarikat telekomunikasi di dunia.